Saturday, June 20, 2009

Dengusan Hati Sewaktu Gerimis Senja

(nyata) Sudah agak lama sebenarnya aku tidak bertulis demikian. Hendak dibuat tapi hati tidak bersungguh-sungguh sehingga kini (Lawak... kerana aku ada masa untuk bermain tapi mengadu tiada masa untuk benda sebegini).
Sudah 17 hari aku bertungkus-lumus untuk Praktikal Industri aku yang wajib dilaksanakan. Secara jujurnya, memang penat tapi bukan lelah badan, cuma otak yang 'penat' (haha). Rasanya, sudah biasa sekarang . Tiap-tiap hari 9am-5pm, sudah menjadi lumrah hidupku buat masa kini . Peliknya cuma satu. Terasa rindu pula kat MMU (haha....entah le ).

(refleksi) Saban hari, aku sering memikirkan hal terdahulu. Pernah aku terdengar satu frasa yang berbunyi "Biar masa padamkan segalanya yang mengganggu fikiranmu" . Pada masa itu, aku terasa pelik dan tidak faham akannya. Aku ragu. Namun, kini aku mulai faham apa yang dimaksudkan dengan frasa tersebut. Memang benar jika masa dibenarkan untuk berlalu, segala yang pahit akan mulai pudar. Begitulah pengalamanku pada satu ketika dulu bila aku kehilangan sesuatu pegangan yang amatku hargai. Terasa amat pilu ketika itu; namun kini, perasaan tersebut tidaklah sekuat dahulu lagi . Aku masih terkenang sekali-sekala, cuma tidak lagi terpengaruh olehnya. Aku tetap boleh merasa impaknya yang kuat terhadap personaliti diriku . Haha . Demikianlah suatu cetera yang jarang diutarakan oleh aku.

(nyata) Haiz .... tidak sabar aku menunggu ketibaan trimester kedua 09/10 untuk aku pulang ke MMU . Sekian.

No comments:

Post a Comment

Followers